Saturday, February 11, 2012

titik emosi, balqis itu satu tingkat

kenapa dikaitkan si padisha begum yang bernama Balqis dalam nota rindu kita, kenapa? sedangkan yang memegang hati si Yussof itu adalah Zulaikha. kenapa diselitkan perihal si Balqis itu.

biarcara ini dipaham dari sudut faham iluminatif, tiap manusia mampu berhakikat akan diri mereka dalam apa jua jenis hakikat. contohnya , "aku adalah kumbang dan kau adalah bunga", "aku adalah bintang malam dan kau adalah bulan yang terang" , "biar aku jadi rumi, dan kau mati sebagai juli" , "aku adalah basikal hijau di pantai, kau adalah puteri yang mengayuhnya" , "kita adalah kopi dan susu , perjalanan itu sudunya" , "aku adalah AKU , dan kamu adalah Muhammad". sudah nampak akan tingkat sesebuah hakikat kekitaan? kau boleh berhakikatkan dirimu itu sebagai apa pun, namun biarlah ianya kedalam bentuk yang agung kerna manusia itu adalah sebaik-baiknya ciptaan. jadi, kenapa diselitkan kisah si Balqis? bila kita mula selak kitabtualama, kita akan lihat, bagaimana seorang raja bernama Sulaiman menerbangkan sebuah istana kaca untuk seorang puteri yang maha, seorang puteri yang hidupnya mewah, yang mana mewahnya tiada tandingan lagi. jadi kenapa dikaitkan kisah si Balqis dengan kisah terpenjaranya si Yussof di sana, kenapa?

yang perlu ditekankan disini ada satu 'titik emosi' dalam satu hakikat kehidupan. manusia itu sentiasa mahukan keindahan, mahu dicampak lambungkan di atas pujian keistimewaan, mahu dibelai puji dan sentiasa mahu gembira-tanpa-duka. sentiasa ada rasa untuk terus merasa, sentiasa ada mahu untuk terus mahu. apabila kita sudah faham akan kisah si Balqis yang mahukan keistimewaan, yang hanya terbeli cinta dengan satu mukjizat yang maha. jadi, aku letakkan sikap 'eager' pada titik emosi mu itu pada hukum hakikat puteri Balqis, yang masih mahukan dunia, yang masih ingin merasa segarnya nafas di udara sana, yang masih mahu ada untuk terus ada. mungkin sampai satu ketika, kau akan sedar siapa dirimu yang ada dalam dirimu. siapa sesiapa. siapa sebenarnya anak mata pena yang melihat dunia. mungkin pasti yang cinta itu tetap ada. suatu hari di suatu ketika, pastinya, kau akan terbangkit semula untuk melihat biasan di balik cerminan mimpi kau sendiri.

nota ini bukan untuk merendahkan, atau untuk menghina. nota ini hanya satu pembiasan-cerah yang didukung dan disimpan sekian lama dalam menemani cinta untuk terus hadir dalam redempsi-mimpi. kita ini sama sahaja, kita ini bukan kita, kita ini DIA.

suatu hari, kekasihnya Zulaikha akan pulang menuruti mimpinya mencari siapa sebenarnya siapa. sebelum berhenti daripada terus menari, ku selitkan satu bait rindu lama buat mu, Sahibatuz-Za-Mani,


ayu.. cantik dan indah..

mungkin, mungkin, dia lupa, dia sudah lupa siapa dirinya,
siapa gadis kedai jagung,
dari pintu ke satu pintu,
dengan senduk dan periuk.

mungkin dia lupa,
ketenangan dia seketika menggauli cinta,
menggauli jagung , garam dan mentega.

-pasang surut air laut-


*sehingga sampai nanti saat bicaranya kita, hadirkan diri mu damai dalam cintaNYA, semoga kau berbahagia di kota-kota di luar sama. terima kasih kerna sudi membaca perjalanan katatu rindu yang membawa kata-kata cinta ke kota bahagia. yang pasti, puisi-kita di pagi-pagi dulu kala, terus buat aku senyum. terima kasih.

Thursday, February 9, 2012

mata hari and the rumba dance

paranoia , dendam dan benci manakan lari sendiri. tanpa satu 'titik emosi', paranoia itu mungkin tiada jadi duri,
mungkin tidak pernah berpaksi dalam rumi-juli. perjalanan yang ditempa, pernah kau tanya kenapa aku suarakan nama mereka dalam kisah kita? aku tidak mungkin mencari mereka untuk tanah haram tubuh mereka, aku cuma mahu cari siapa tuhan mereka. mungkin dulu, kau kurang pernah faham kenapa, dan terus menari dalam paranoia kau sendiri, biar dihidang seribu pramugara, tapi mana mungkin mereka capai titik mutlak yang ku selit pada jiwa tanah tubuh yang hilang. sudah dilapurkan, "ambillah syurga itu, aku cukup dengan tuhan ku". andai sisa-nota ini tiada dapat kau amati, biar kini aku terang dari jauh, syurga itu dunia, dunia yang masih ada jirim. kalau kau kata aku pilih mereka, maknanya, kau belum ketahui yang aku sentiasa ingin mencium tiap bentuk 'ruh' kamu. biar hitam tampak dari belakang, biar kejam ditikam sedalam-dalam, biar hilang rasa tubuh ini, yang ku ingin dakap itu cinta ruh di setiap nafas mu. bukan dalam bentuk jirim dan tidak punyai sebarang jisim.

the reason why i kept being silent when i was with you, i just want to hear you breathing and let the soul dancing together.

aroma di ruangan itu berubah. Tercium bau hati yang terpanggang.
aku menangis karena panjangnya perjalanan dan sedikitnya bekal.
biar esok aku masih dalam luka, biarkan saja supaya derita itu terus milik aku.


-seremban, kopi tarik, peter stuyvesant , kuning-hijau.


*untuk satu jawapan yang lagi terang, dengar bebelan si pemain kata ditengah balada.
amanda imani

Thursday, February 2, 2012

mabuk sarsi

hari-hari manusia tidur, ya, berebut untuk tidur.
sekarang, dia juga mabuk sarsi, dan tidur lena.

bila diimbas semula, kenapa bila kita mula, aku mula dengan tidur sebentar di meja.
di lantai kota lama, di hentian bas-primadona arkaik manusia, di meja-meja lama.
kenapa mula dengan mimpi?

kerna sarsaparilla itu terlalu indah, nada cinta dia membelai sejenak manusia.

sebelum tuhan memeluk mimpi manusia, siapa yang memegang panji nyanyian tidur?

-kedai hijau, milo ais + teh ais, buku cerita pertama, 2009. 

sarsaparilla bukan sebarangan sarsi, mata ninjanya bagaikan syurga. rindu!

Monday, January 30, 2012

surat dari dalam ( untuk Balqis)

# suatu ketika, kita manusia tidur dalam lubang, tidur tanpa jasad, tidur bersemadi ditemani mungkar&nangkir , keduanya turut di kamar manusia.

ya, mungkin kesukaran dunia nyata itu kuasaliti mimpi para pendungu dunia,
tapi tidak mungkin kesukaran itu milik kamu wahai Padishah Begum , Balqis.
sempurna sungguh dunia mu Balqis.

suatu ketika di sini, bersemadi mimpi dijajari rerakan guatanamo-manusisa,
ramai yang hanya menunggu panggilan tatkala subuh saatnya ke tali gantung dan mati,
masih ada yang menjarumi ubat-ubatan biarpun sudah dikamar penjara,
masih ada yang memecah heningan masa malam dengan cemuhan kata rindu dan bait-bait puisi merdu, usang.

ya, setapak dalam kawadan besi, kedengaran Nat-I-Serif dinyanyikan, masih ada berbaur mereka yang Ishraq' dan dingin dalam Liqa'. ditapak yang kedua, seluruh benak metafisi tubuh ini kaku, al-'aql al awwal terus terkunci sirna, "itu adalah shema konya magara!"

lalu datang seorang hamba dan berkata , "mungkin disini titik mula mu untuk terus tidur, vis-a-vis mati."

aku terlena, tidur dan hilang.
syukur ke hadrat-NYA

yang selalu menghormati mu,
yussoff.





cerita tentang macbeth poyo itu hanya pengubat buat separuh nafasku yang telah hilang lagi, LAGI. dan kembali bermain fiksyen lampauu. selamat pagi Sahibatuz Za-Mani.

-habuk-habuk, roti canai rm50/10 keping, dan biskut marie pagi.

dipetik dari nota rindu buat balqis

Tuesday, January 24, 2012

yaumul-haq

letak kita, aku dan kamu pada dua piring yang berbeza.
sedangkan kekitaan kita itu pada piring yang lain.

yang pasti, iriecinta itu tetap mengungguli mana pada yang lainnya,

1.

beachcomber


kerja baru ; rastamiraol

suara perit bangsa

sampai bila anak kita jadi buta,
suara perit bangsa,
denai batu, kota lama, hitam.

bangsa manusia mati,
ceritanya, neraka itu jahanam,
enam per tujuh kita, sama' ke sana,
dari gua ke dinding tua,
berlari lalu berkata,
"bunga, selimuti aku sepetang cuma",
dalam gua, masih ada legion.
ceritanya, manusia bukan hamba,
tiada suara perit bangsa.

suara perit kita, seminit bersama tuhan, cuma hanya selamanya,
adam dan hawa,
walaupun hanya sejengkal nucleara,
masih kita senyum, "jangan mundur seabad masa".

-economic oli-war, shit...!

yang sempurna

mabuk terus ya maulana?
bagaimana kau rasa bila lihat marhaen kota sengsara,
terima kasih buat syurga kita,
kekitaan itu telah lama mati-ortodoxy,
tiang kota telah lama terukir cinta, noktah

sewaktu kau melangkar keluar pintu,
terdetak , suara tangisan piatu baru,
apa masih dia perlu menangis?
nah, ambil kain buruk warna hijau,
buat alas cawan masa sarapan.

*sekarang hari baru, terima kasih bunga padi untuk malam-malam yang indah.

streetlight-manifesto, greenland, 1979