Saturday, November 27, 2010

masok dari sembilan pintu

"mari menari dengan Ku, mari menyanyi dengan Hu.."


Hu.. satu kata cinta yang ertinya hanya di pahami oleh pemegang mohor-mohor cinta. Hu.. satu helaan, irama yang azali di rima kan dari satu tiupan.. tanpa tiupan satu udara , tiada kita untuk kekal bernyawa, tiada kita untuk lazir zahiriah menyaksikan keadaan dunia nyata.. helaan sangka kala pertama menerbitkan kejadian manusia. jangan di lupa, kita datang dari satu udara, satu tiupan yang menitiskan kehidupan. dan kerana ALLAH kita hidup bernafas di dunia, dan kerana ALLAH, kita ada di dunia. dan kerana ALLAH juga kita kembali kepadanya bersatu bercinta..

bagaimana kita mampu merimakan satu kata cinta yang tiada tandingnya?
ada sembilan cara untuk kita bernyanyi memuji kalimat nya.

*sambil menghala nafas dan kemudian membuka mulut...

Huuuuuuuuuuuuuuu...
Hu dengan ria.. nadanya hidup segar...
Hu dengan duka.. nadanya sedu syahdu...
Hu dengan takut bimbang.. nadanya terpatah-patah menyerah..
Hu dengan kasiha.. nadanya lembut mendayu..
Hu dengan kehairanan.. nadanya seru-seru menderu..
Hu dengan keberanian.. nadanya menyentak melayang..
Hu dengan dengan cinta.. nadanya dalam terbenam...
Hu dengan acuh endah tak endah.. nadanya tiada...
HU dalam diam.. diam...
Huuuuuuuuuuuuuuu....


serunya disini untuk kita kekal bernyawa, merima kan kata nama cinta, dan demi kerana-NYA, ayuh lah kita bersama bercinta memuji-NYA.. sesungguhnya, bernafas itu salah satu zikir kita kepada ALLAH s.w.t...

*ayuh lah bersama kita memuji-NYA, bersama kita bercinta atas kerana nama cinta.. ALLAH..

Kosong

Had itu wujud dalam otakku.
Menyuruh prilaku aku terus dihentikan.
Memijak kejam naluri semangat pejuang makluk tercipta.
Tersungkur rebah dalam tusukan kaca hitam.

Aku lengai di situ.
Duduk, tanpa rasa kuatnya lutut.
Hanya menanti dan melihat sekeliling.
KOSONG...

Kiambang itu senyum padaku.
Sambil menunjuk-nunjuk arah pelangi depan.
Aku terpaku.
Dipaku kekhusyukan alam.

Ribut kelam kabut sekeliling aku persetankan.
Mualamat alam menusuk-nusuk otakku.
Bagaikan paset-paset bumi menyinari deria.
Mengukir senyuman dalam batang-batang kosong jiwa ini.

Cebisan kosong itu akan aku kopek melengkapkan zat jiwa yang hilang ini.
Menjadikan aku rasai maksud sebenar sempurna.
Untuk cebisan itu muncul harus aku usahakan.
Menghapuskan had yang sedang tumbuh dalam otakku.

Agar semangat pejuang makluk dicipta tetap teguh.

Tuhan..
Maghfirat ku pohon.
Aku hanya lupa.
Tenggelam dengan masa.



diambil dari kosong

jalan-jalan, sendirian jalan, jalan jalan, jalan sendirian jalan..

jalan-jalan, sendirian jalan, jalan jalan, jalan sendirian jalan..

kisah seorang penulis bas

masa ini, bayu sepi..
kawan2 sudah menari, aku masih di kiri.
berdiri sendiri turut merasa ingin menari..
maafkan aku, sukar untuk aku tidak mabuk duniawi..
cinta dunia, sukaneka, anekarupa dunia pelbagai kata..
itu persatuan mengacuh aku seperti kelekaan..
tiada niat aku untuk melupa bahkan terus bercinta..
berjalan sendiri menari di sini..
jauh menyesatkan diri..

biarkan ia perlahan begini, dari batu ke batu,
tangga ke tangga, mari menuju-NYA.
asalkan dierti, siapa diri ini sendiri.
fahami, mengerti, nikmati dan terus menerokai..
dengan bekal sepotong tali, menari-nari..

terus dengan pencarian tersembunyi.
bas menerokai lagi..

hening pagi, angin sepi, nota resoliasi, jawi dan rumi, kiri menari..

terima kasih sebab sombong, sebab jauh, sebab jatuh , sebab tak faham, sebab tak nak cuba faham.. itulah humanity.


"art off nature? where's the nature?", kata dia dan dia yang lain berkata , "this is it, this is the nature, humanity!".

akan ada kanan untuk kiri, ada yang depan mendahului, belakang mengikuti.

"don't forget the prophecy", like unto thee..


diambil dari bas pasar ahad. 1

hebraic ox dancing

כאשר ריקודים לטיניים ..
כאשר הריקודים הלטינית, השור הוא הושאר ריק ..Jawi הוא שמע בכי ..למה? בואו שור כי על ידי הרומית ..אל תשכח, פעם עשיר,רק בגלל השפה וסימני פיסוק ..


nak tahu? cuba translate guna 'tuhan google' translater.. ;)

Friday, November 26, 2010

hukuman, itu memang kehendak-NYA..

kau ingat bagaimana terhukum adam dan hawa ke dunia?
kau pernah fikir kenapa hajar dan sarah di pisahkan?
itu hukum-NYA pada kita- dia,DIA.
memang itu yang sudah tertulis dalam warkah rahmatNYA buat kita,
ini untuk hari muka, tidak perlu lagi bermuka-muka,
biarkan akar cinta ini memanjat ke arah rahim-MU,
untuk kita kembali bertemu, Alhamdulillah.

Wednesday, November 10, 2010

melihat-NYA dengan mata-NYA,

pagi pagi, bingkas aku terbit untuk melihat pancaran sinar terbit..
di ufuk timur, di kurnia cahaya merah indah,
pasrah aku terima bergulungan ombak membidas pantas..
di situ, aku lihat sepi si pulau itu,
menanti khabar gembira dari para pencinta..
teliti aku perhati, apa teori ciptaan agung-NYA..
melihat terlihat di balik celahan tiada berpahat,
perhati gerak geri ketam menari-nari.
ku temui lagi, lagi dan dalam lagi..
aku fahami, aku mengerti..
di situ ada itu, di sini ada ini..
yang ada hanya gulungan sepi yang berfrekuensi sendiri.
puas aku teliti, amati dan mengkaji, kini aku fahami,
yang kita mungkin tiada dapat melihat ini, tanpa-NYA di sisi..
mungkin, ada yang akan berkata gila pada pencarian zat-NYA,
namun akan ku terus berlari, mencari di balik apa itu dan ini dierti..
pencarian aman, akan terus aman.
kulihat dengan mata-NYA, aku terlihat akan kehadiran-NYA.

"Dan orang-orang yang kafir berkata: Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi petunjuk ke jalan agamanya, sesiapa yang rujuk kepadaNya. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. "Al-Rad, 27-28

Tuesday, November 2, 2010

Si tukang batu , Si mata satu by nanan

Kuk! Kuk! Kuk!

Kepala siapa yang diketuk?!

Menghulur pisang menjerat beruk!

Terus diajar untuk menunduk.



Kuk! Kuk! Kuk!

Bukan bunyi mengukir batu.

Hati buta akal membeku,

diketuk kuli Si Mata Satu!



Surat khabar?

Ragu-ragu.



TV, radio?

Tipu! Tipu!



Buku sejarah?

Palsu! Palsu!

Semuanya kerja Si Tukang Batu!



Yang sedar yang tahu?

Memang kayu!

Kita semua Melayu-layu.



Kuk! Kuk! Kuk!

Si Tukang Batu mengukir cerita.



Kuk! Kuk! Kuk!

Si Tukang Batu mengukir fakta.



Kuk! Kuk! Kuk!

Si Tukang Batu menghakis agama.

Arak dan judi halal semuanya.



Ha! Ha! Ha! Ha!

Si Mata Satu tertawa-tawa,

melihat manusia membuang agama,

menjadi hamba uang dan harta,

kiblatkan pangkat kuasa yang fana.



- nanan -