Saturday, January 22, 2011

antara kau dan bulan , KEKITAAN ( kebebasan )

sinar , cahaya pantulan dari bulan, cermin pantul membias macam cermin mimpi. aku lihat kau , aku nampak aku, aku lihat kau lagi, aku tanpa kata nampak kita jadi satu. kemanusiaan itu umpama kekitaan, kitaran kehidupan di ranjang kekufuran. jauh kau jatuh dalam ombak peluh.

penat dengan monolog dramatik, ianya kisah seorang epik dengan gaya bebas berakrostik yang mana subjeknya kekal statik sebagai satu, subjektif berobjektif dan relatif.

kekitaan itu barangkali hyperbola terma cinta dari tuhan. menciptakan, mentafsir dunia dengan hanya simbolisma mukjizat yang khilafnya terpancar dari sinar cahaya, seterang cahaya purnama. indah.

apa mahu kamu lihat bulan terbelah dua? tidak cukup dengan kesatuan, apa perlu pasangan hingga mahu lihat bulan terbelah dua? bergumpal kegampangan denotasi atas akan apa ada sekalian. kekitaan , satu framakasi illusi tercipta dari langit, mengapa tidak alam semesti terbentang luas di alam semesta? semesra?

tulisan, simbolisma ciptaan yang membentuk satu sistem propaganda mahupun agenda. " aku mula faham, propanya sangat berbudi, dengan bahasa berima, sampaikan cita demi cerita.

henti konotasi! basi!

manusia perlu kembali amati hak asasi, hak awam, hak kebenaran , hak keperluan. melalui fasal ke-5 dalam perlembagaan institusi perlembagaan, seorang pemimpin haruslah menhidayahi keperluan kepada rakyat pimpinannya. sekiranya Isa a.s. memerintah, asalkan dia mengerti akan fasal-fasal kepimpinan ini, dia boleh dibiarkan memimpin pimpinannya. kita dunia sama rata, apa salahnya sekiranya si gila yang akalnya terbius akan damak cinta, mendepani khilaf khalifah. jangan pandang pada bayangan, rujuk pembayangan..

mereka kata pemboleh ubah ironi itu ada tiga, dimalarkan, diMANIPULASIkan dan bergerak balas. fixed, manipulated and responding variables.

2 31 24 MO 2011

hipokrasi dikatakan demokrasi, yeah!

sejarah ulang lagi dan menjarah lagi. kau kata kita tidak dapat kawal api? kau silap, sebab dalam badan kita terdapat jarah-jarah zarah-zarah api, tanah, angin , air dan api. tiada tetapi, tetap dari ilahi.

KEKITAAN itu kedengaran onomatopoiea. pengkajian ifrath itu mungkin satu teknik pengkhususan pengkajian pengajian. "Thesis tanpa kertas".

menyambut seruan dari kawan , menyiring seiring di satu jalan, dan kesedaran akan kejahilan bermain di benak kognitivasi , lekat dengan oxymoronisasi - kesan-kesan kejahilan. dibutakan dengan framework satu diskusi si bodoh yang terdiperbudayakan dengan kebodohan si pemboleh ubah "pembodohan". menambah lagi pemboleh ubah. di sini, ianya adalah satu emansipasi dengan menyelerakkan kebebasan ,  melepaskan burung dari sangkar. "Terdiperbudayakan" ,  satu ilusi hasil kertas kerja framakasi para illusionist yang kononnya mengre’evolusikan  subject kepada intersubjection. I-nessy dari dalaman – satu.


“yang cerdik  membodohkan , yang bodoh diperbodohkan, membudayakan pembodohan atau pembudayaan membodohkan” - =) hentikan penindasan
Dan dari buku rujukan, ianya adalah satirement yang telah berulang dan yang akan mengulangi. It is a style that use elements of irony , ridicule, exaggeration, understatement n sarcasm , human or absurdity to criticize human behavior or society. Which mean, pre-judge. Human was born naturally contradict with this kind of attitude. 
kekitaan itu memang sukar untuk lari daripada prejudis yang menilai tanpa mengkaji. manusia tetap manusia. - similiarization.

speaker ; 
-suara dari dalam, 
(pelakon monolog dramatic)


  1.  simbolisma ; suggestopedia, framework
  2. "einstein, he was nothing without his imagination" , Mark Twain
  3. pasar pagi hari ahad , 9hb januari 20sebelas, harian bangsat, artikel 4 fasa 2
  4. "diari seorang makcik" ,  fatimah , penerbitan kelab socialis dasar kependudukan.
  5. pengkajian ifrath , http://sepisatunota.blogspot.com/2010/12/pengkajian-ifrath-carot-marot.html
  6. kebebasan , http://generasieraremaja.blogspot.com/2010/12/kami-nak-kebebasan.html
  7. critical appreciation , kristina she didn't know i exist - catct22
  8. "we are not writing history ,  we were history"-rahmat, written.
  9. free hair or free air? oxygen are free, love for all, equality
  10. hentikan penindasan , =) , facebook , diskusi 4;20 petang, revolusi 1699

    Thursday, January 6, 2011

    ajakan. jom?

    “Di dalam hati manusia terdapat dua ajakan: Pertama ajakan malaikat. Ajakan malaikat itu mengajak kepada kebaikan dan membenarkan kepada yang benar (haq); dan kedua, ajakan musuh. Ajakan musuh itu mengajak kepada kejahatan, mengingkari kebenaran dan melarang kepada kebajikan”. Yang demikian telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud R.A.

    Al-Hasan al-Bashri R.A berkata: “Sesungguhnya kedua ajakan itu adalah kemauan yang selalu mengitari hati manusia, kemauan dari Allah dan dari musuh, hanya dengan sebab Rahmat Allah, seorang hamba mampu mengontrol kemauan-kemauannya tersebut. Oleh karena itu, apa-apa yang datang dari Allah hendaknya dipegang oleh manusia dengan erat-erat dan apa yang datang dari musuh, dilawannya kuat-kuat “.

    Tuesday, January 4, 2011

    soalan 1?

    dalam kadar sesaat, berapa kali atau kadar kelajuan tumbuhan berzikir menyebut memuji penciptanya?

    dari meja lalu tingkap menuju meja ke meja

    "Aku terlalu KECEWA pada MELAYU yang tak kenal akan apa itu
    Melayu"... :-)

    ......P.Ramlee adalah Melayu, dan semua yang mengenal Tuhan nya,
    adalah Melayu... Dan sebegitulah juga dengan Kau Kiru!!
    ...
    Kiru adalah Melayu... Kiru adalah MELAYU yang membuat Kami kami melihat yang kami ini juga adalah India!"... :-D

    "Melayu bukan Islam, India bukan Hindu!"..
    "ISLAM tiada pada BANGSA!, Islam bermaksud DAMAI"... (Peace)

    Bila tiada Rogol, tiada Bunuh, dan tiada Rasuah..
    Dunia akan lebih damai dan sentosa... :-)

    Dan ISLAM!... Islam tiada pada JIWA yang terhanya ada perasaan "Aku adalah Melayu!", "Aku adalah Cina!" atau "Aku adalah India!"..

    Islam ADA pada yang menyedari bahawa --> "Aku adalah CINTA!".
    Cinta adalah "DIA"... dan dia adalah "ADA" bagi sesiapa saja dan
    di mana jua... :-D

    Permahaman yang sebeginilah yang AKAN MEMBUNUH tunas tunas
    rasa bagi istilah untuk melakukan "Bunuh, Rogol, tidak puas hati, dengki, khianat, rompak, ragut dan tamak haloba".... :-)

    Kerana pada Hakikat Nya, "Kita bukan Melayu dan apa jua Bangsa"
    Kita adalah MANUSIA yang di angkat sebaik baik kejadian di mata Nya!

    "Aku adalah semata mata CINTA, lalu tiada hairanlah akan Hidup ku selalu di datangi BENCI dari mereka mereka yang tak memiliki CINTA".... :-)

    "Barang sesiapa MENGENAL akan diri nya,
    Maka akan KENAL lah ia akan Tuhan nya"....
     Lepat,
    Germany