Monday, April 25, 2011

teh dalam periuk

"ketanggalan daun-daun teh dari pohon reneknya, di tanggal dah bakal di jadikan herba untuk minuman." , kata seorang pemandu pelancong cameron highland kepada pelancong.

panas, direbus, "arghhhh, tidak panas la, kenapa kau rebus aku?" , daun teh hijau marah kepada cerek.

"kau diam kau, kau kena tahu apa sebenarnya dibalik keperitan." , bidas cerek, dengan nyalaaan yang makin merebuskan keadaan..

diketika dalam diam sel-sel daun itu mengawal suhu kepanasan dengan kesabaran bagi memahami apa akan rasa sesuatu keadaan.

nanti bila kau dah direbus, nutrient dalam bentuk sel tumbuhan itu akan meresap dan mengalir bersatu dengan sel air dan bakal diminum dan ditapis oleh sistem badan. nutrient yang sehat itu akan memberi rangsangan dalam nurturisasi kehidupan.menjadi 'catalyst'. meresap dalam tubuh-tubuh berakal dan akan kekal bersama keakhirnya dalam bentuk kehidupan, manusia.

dari satu bentuk kehidupan , akan ada proses penyatuan dengan satu bentuk kehidupan yang lain, bersama berkongsi menempa perjalanan ke sana. lalu, 'nutrient' itu kekal dengan si pengembara itu, cerek.

perit yang dilalui daun tadi lega kerna dapat dipisahkan dari jasadnya. sekarang mari belajar, yang keperitan itu hanya taman2 indah nikmat dari DIA.


    "kadang2, manusia perlu belajar perihal akan menjadi manusia, kerna memang manusia ini pelupa dan pembuat silap. we should learn to forgive and forget."

    yang dipinta, kembalikan persatuan bersaudara. sila senyum dan berbahagia bersama. -tribute untuk kepincangan yang melanda.