Saturday, October 29, 2011

Alhambra, kota cinta (infatuated 6.90)

dalam ribut, gambus Alhambra terus merisik jiwa-jiwa yang sudah lama terbang,

suara-suara penari majusi yang kian hampir, menjadi petunjuk untuk terus merobek terjah setiap raqash dan membawa kembali rindu pada gambus-gambus mazmur,

sebelum kau jumpa Alhambra, kau perlu setia mendengar petikan fakir-fakir kesan maharana, dan mereka bisa mengujimu sebelum meresapkanmu menuju Alhambra,
yang mana gambus dan sitarnya 'asyik' dengan mazmur. asyik.
setelah kau melihat Alhambra bertabrak di balik bukit,
kau akan diuji ruhulkudus yang sentiasa menjaga gaung,
yang selalu membimbingmu di muntaha,
dan kau akan terserap pada fana' yang mana bakal menjadi tuhfah sebagai bekalan untuk marhaen Alhambra.

seketika meniti menuruni bukit,
kau akan rasa seperti mahu terus berlari mendakap Alhambra,
sehinggakan kau hampir lupa untuk penuhi tabungmu dengan secangkir al-kausar,
jangan, jangan kau lupa,
secangkir itu berharga dan mampu membawa mu berlari lagi sejuta langkah,
sebelum kau berjaya merentasi hutan-yuda ciptaan para mujaddid dan zindik.

disitu, ujian sebenar buat mu,
serapkan dirimu menjadi air yang mengalir pada setiap bekas,
supaya kau berjaya uzlah di sisi laila,

akhirnya,
kau akan jumpa kunci alhambra di suatu heningan subuh syafie',
melangkahlah dengan gembira ke dalamnya,
Alhambra yang tiangnya berbunga mekar.

disana kau akan dimiliterisasi,
tiada lagi kau,
yang tinggal hanya aku dalam AKU,
menarilah wahai pengembara,
disana, cahayanya tiada tara.

sejenak sebelum kau hilang,
kalungkan bunga andalusia kepada marhaen yang memegang busur fakir kesan maharana,
pintakan ia supaya memanah kepada jiwa-jiwa yang masih terbang,
supaya jiwa-jiwa itu menurutimu di Alhambra,
Alhambra yang kotanya bahagia.

dan apabila kau sudah hilang, 
jangan lagi kau rindukan syair ghazal yang ku nyanyikan,
supaya kau 'asyik' bersama yang maujud.



*ini bukan satira, ini hanya rubai vis-a-vis kota bahagia, Alhambra.

Tuesday, October 4, 2011

diulik mimpi siang, hari 1

jam menunjukkan sekitar waktu untuk terus mengatakan yang sepi itu tiada lagi,
waktu semakin hampir, lunak suara perindu kedengaran menyanyikan lagu-lagu rakyat untuk semua,
bagaimana dengan beliau? masih dengan sengketa? masih tidak tahu yang kita ini semua berdiri dalam fantasi tuhan atau dalam erti kata jahatnya manusia, kita masih menari dalam fiksyen maha esa. apa mahu kau terus kata tidak tahu? atau mahu terus kalah pada jurang-jurang kekurangan? waktu untuk terjerumus dalam bahagia, pedulikan sarang sengketa mereka, zuhud pada satu ruang, baru perihal syiling-syiling 'silver' dalam tidur.

Friday, July 29, 2011

redempsi mimpi isu tiga



penulisan lembut dengan unsur radikal, membudayakan 'zine'. untuk kita, kekitaan. ;)

hubungi 0145090447 untuk maklumat lanjut , ataupun email kepada m.miol@yahoo.com..


hadiah ;



=)

Tuesday, July 12, 2011

Over it are nineteen.

Some of my friends, would say that is better to start off your day with a cup of Nescafe?
A can of Boss’s latte?
A glass of milk? 
A sip of wine to cool off your day?

Nope, and neither am I to say that was the best day starter.

Readily I am to pull the trigger by saying “over it are nineteen” on every bed I woke up.

Relatives, teachers and friends, the ‘nineteen’ reveal a big secret, a miracles that shine through the mirror. “It was only HIM and there are no three, Him and only Him”.

It was the first sentenced in every chapter. Sealed , lock by the darkest side of people’s heart.
Last night, I was keep dreaming on while I’m keep me head off away listening to the ‘”Yussof” sounds.
I knew, it was them, them. 

The secret then revealed, itself.

Tuesday, June 14, 2011

situ

kat situ ada tangga.
naik?
panjat?
daki?

kat situ ada punca,
punca marah?
punca benci?
punca suka?
punca air?
punca punca?

kat situ ada ITU.

-sITU

zam zam , ala kazam

zam..zam zam..
satu telaga air, mata air, air mata,
tiada putusnya sejak berzaman lamanya,
masih aku ingat, perihal Hajar,
jauh dari kota lama, di padang sana dengan anaknya.

dahaga,
panas,
lapar,
sunyi,
rindu,
sengsara.

namun naluri keibuannya kuat, kuat dan kuat,
yang ada hanya pokok kurma, angin dan cinta.

dulu-dulu, sifu pernah cerita.
dia lari-lari kecil, mencari air,
untuk hilangi lapar dahaga mereka,
dan disitu, masih ada cinta,
hentakan kaki kecil , jadi punca,
punca air, mata air dan air mata,
hentakan itu antara magis kudus cinta dari tuhan,
untuk kita , kemanusiaan.

dan disitu, di kota baru itu, ada telaga,
mengairi kita dulu kini dan selamanya.

*mereka kata, air telaga muda itu memberikan kehidupan abadi, namun mereka silap, manusia tetap datang dan pergi. yang pasti, air telaga zam-zam itu banyak faedahnya, untuk kita, untuk mereka dan dunia.

rujukan ;



-sentiasa hormati antara sesama dan jangan kau fikir kau mampu berkuasa mendominasi dunia, kau juga manusia. kasar bisikan itu, tiada dapat mengatasi jiwa ini, jiwa ini tiada dan sudah lama mati.duhai mawar, mari kita raikan cinta. kerna tanpa cinta,  kita pasti tiada.



dirgahayu kepala hotak kau!!!

Saturday, May 21, 2011

inca dan jama, jama dan inca

dari atas zigurat hingga keseluruhan kota inca, apa yang dapat dilihat hanya ruang kosong yang kian digelongsori angin. oh indah ketika di ketenangan.

di masa perjalanan di pencarian dahulu kala, ada angin-angin yang senantiasa berbicara. membawa kita, aku, kau dan mereka berjalan meniti di penitiannya.

di kota inca, di zigurat , di situ ada semua ada. benci, dendam, cinta dan sayang..
 biarpun masih dikejami dengan tomahan kata-kata dari manusia,
kebalkan telingamu, kerna mereka tidak tahu apa isi hati mu..

senyum sampai tua. senyum dan nikmati udara segar seperti udara di kota inca.

*dan dari potret dinding itu, kita bikin cerita cinta antara kita. khabarkan saja bicara mu pada angin-angan NYA. di sana, berbahagia bersama.

nota kaki ; hanya untuk mengenali manusia (kau), aku dibenci oleh manusia (kau).
tips ; berjalan kearah makrifatnya, kerna kasih-NYA ada di segenap ruang mimpi-mimpi manusia, dan disitu, kau tidak akan dibenci oleh DIA, kerna DIA , rahman , rahim dan segalanya.

Monday, April 25, 2011

teh dalam periuk

"ketanggalan daun-daun teh dari pohon reneknya, di tanggal dah bakal di jadikan herba untuk minuman." , kata seorang pemandu pelancong cameron highland kepada pelancong.

panas, direbus, "arghhhh, tidak panas la, kenapa kau rebus aku?" , daun teh hijau marah kepada cerek.

"kau diam kau, kau kena tahu apa sebenarnya dibalik keperitan." , bidas cerek, dengan nyalaaan yang makin merebuskan keadaan..

diketika dalam diam sel-sel daun itu mengawal suhu kepanasan dengan kesabaran bagi memahami apa akan rasa sesuatu keadaan.

nanti bila kau dah direbus, nutrient dalam bentuk sel tumbuhan itu akan meresap dan mengalir bersatu dengan sel air dan bakal diminum dan ditapis oleh sistem badan. nutrient yang sehat itu akan memberi rangsangan dalam nurturisasi kehidupan.menjadi 'catalyst'. meresap dalam tubuh-tubuh berakal dan akan kekal bersama keakhirnya dalam bentuk kehidupan, manusia.

dari satu bentuk kehidupan , akan ada proses penyatuan dengan satu bentuk kehidupan yang lain, bersama berkongsi menempa perjalanan ke sana. lalu, 'nutrient' itu kekal dengan si pengembara itu, cerek.

perit yang dilalui daun tadi lega kerna dapat dipisahkan dari jasadnya. sekarang mari belajar, yang keperitan itu hanya taman2 indah nikmat dari DIA.


    "kadang2, manusia perlu belajar perihal akan menjadi manusia, kerna memang manusia ini pelupa dan pembuat silap. we should learn to forgive and forget."

    yang dipinta, kembalikan persatuan bersaudara. sila senyum dan berbahagia bersama. -tribute untuk kepincangan yang melanda.

Monday, February 28, 2011

ke'kitaan

kekitaan kita itu terpinggir jauh di setiap sudut kesepian. kekitaan mulai hilang nilai keinsanan. ini mungkin kontradiksi terma 'kebencian' yang hadir di penjuru-penjuru prejudis yang timbul (woish) , apabila kekitaan kita itu hilang antara 'cinta' dan kelekaan kehidupan. melihat , menilai tanpa memahami cerita dan abstrakasi dalam imaginasi tinggi, bisa merubah kekitaan ini membayangi dan percaya akan kewujudan itu mampu menyedarkan kita akan sesuatu.

"percaya."

its happen when we have the faith in believing ONE, which full of love. the song of freedom, expressing extreme message of love. realisazion, realise, in reality, there's always love among human mankind. community in society, we are humans who live in human sociology in the world psychology. in the same city of GOD.

not really far from here, there's always humanity in the bondage. spreading lovey which was a hard thing to practice. frankly , there's always a root of prejudice which easily burn in the air. reducing the strength of the bondage. prejudice  was an element of fire which will easily burn where it was. stop firing hate towards life, burn the fire of love as its burn the life itself. live upright people!

*and i knew, i am not alone out here.
- i-nessy, in dark, browsing page to page, just in a book, written to be read.

"we were here, believing. keep the faith . later, we will be together , forever as lover."

siapa tahu apa itu p,e.m.a.d.a.m. ?

denai batu..
dikatakan seperti lanun.
bodoh, berbulu konon primate zaman neo batu.
dadah jenayah, dakyah, padi di sawah.
yang kaya kata yang mahal itu berkhasiat, yang original kata naturalisasi itu imunisasi.
mana hina? apa itu hina?
malu apa? mahu mana apa malu?

-senyum selalu, kita sama setuju, satu.

Saturday, January 22, 2011

antara kau dan bulan , KEKITAAN ( kebebasan )

sinar , cahaya pantulan dari bulan, cermin pantul membias macam cermin mimpi. aku lihat kau , aku nampak aku, aku lihat kau lagi, aku tanpa kata nampak kita jadi satu. kemanusiaan itu umpama kekitaan, kitaran kehidupan di ranjang kekufuran. jauh kau jatuh dalam ombak peluh.

penat dengan monolog dramatik, ianya kisah seorang epik dengan gaya bebas berakrostik yang mana subjeknya kekal statik sebagai satu, subjektif berobjektif dan relatif.

kekitaan itu barangkali hyperbola terma cinta dari tuhan. menciptakan, mentafsir dunia dengan hanya simbolisma mukjizat yang khilafnya terpancar dari sinar cahaya, seterang cahaya purnama. indah.

apa mahu kamu lihat bulan terbelah dua? tidak cukup dengan kesatuan, apa perlu pasangan hingga mahu lihat bulan terbelah dua? bergumpal kegampangan denotasi atas akan apa ada sekalian. kekitaan , satu framakasi illusi tercipta dari langit, mengapa tidak alam semesti terbentang luas di alam semesta? semesra?

tulisan, simbolisma ciptaan yang membentuk satu sistem propaganda mahupun agenda. " aku mula faham, propanya sangat berbudi, dengan bahasa berima, sampaikan cita demi cerita.

henti konotasi! basi!

manusia perlu kembali amati hak asasi, hak awam, hak kebenaran , hak keperluan. melalui fasal ke-5 dalam perlembagaan institusi perlembagaan, seorang pemimpin haruslah menhidayahi keperluan kepada rakyat pimpinannya. sekiranya Isa a.s. memerintah, asalkan dia mengerti akan fasal-fasal kepimpinan ini, dia boleh dibiarkan memimpin pimpinannya. kita dunia sama rata, apa salahnya sekiranya si gila yang akalnya terbius akan damak cinta, mendepani khilaf khalifah. jangan pandang pada bayangan, rujuk pembayangan..

mereka kata pemboleh ubah ironi itu ada tiga, dimalarkan, diMANIPULASIkan dan bergerak balas. fixed, manipulated and responding variables.

2 31 24 MO 2011

hipokrasi dikatakan demokrasi, yeah!

sejarah ulang lagi dan menjarah lagi. kau kata kita tidak dapat kawal api? kau silap, sebab dalam badan kita terdapat jarah-jarah zarah-zarah api, tanah, angin , air dan api. tiada tetapi, tetap dari ilahi.

KEKITAAN itu kedengaran onomatopoiea. pengkajian ifrath itu mungkin satu teknik pengkhususan pengkajian pengajian. "Thesis tanpa kertas".

menyambut seruan dari kawan , menyiring seiring di satu jalan, dan kesedaran akan kejahilan bermain di benak kognitivasi , lekat dengan oxymoronisasi - kesan-kesan kejahilan. dibutakan dengan framework satu diskusi si bodoh yang terdiperbudayakan dengan kebodohan si pemboleh ubah "pembodohan". menambah lagi pemboleh ubah. di sini, ianya adalah satu emansipasi dengan menyelerakkan kebebasan ,  melepaskan burung dari sangkar. "Terdiperbudayakan" ,  satu ilusi hasil kertas kerja framakasi para illusionist yang kononnya mengre’evolusikan  subject kepada intersubjection. I-nessy dari dalaman – satu.


“yang cerdik  membodohkan , yang bodoh diperbodohkan, membudayakan pembodohan atau pembudayaan membodohkan” - =) hentikan penindasan
Dan dari buku rujukan, ianya adalah satirement yang telah berulang dan yang akan mengulangi. It is a style that use elements of irony , ridicule, exaggeration, understatement n sarcasm , human or absurdity to criticize human behavior or society. Which mean, pre-judge. Human was born naturally contradict with this kind of attitude. 
kekitaan itu memang sukar untuk lari daripada prejudis yang menilai tanpa mengkaji. manusia tetap manusia. - similiarization.

speaker ; 
-suara dari dalam, 
(pelakon monolog dramatic)


  1.  simbolisma ; suggestopedia, framework
  2. "einstein, he was nothing without his imagination" , Mark Twain
  3. pasar pagi hari ahad , 9hb januari 20sebelas, harian bangsat, artikel 4 fasa 2
  4. "diari seorang makcik" ,  fatimah , penerbitan kelab socialis dasar kependudukan.
  5. pengkajian ifrath , http://sepisatunota.blogspot.com/2010/12/pengkajian-ifrath-carot-marot.html
  6. kebebasan , http://generasieraremaja.blogspot.com/2010/12/kami-nak-kebebasan.html
  7. critical appreciation , kristina she didn't know i exist - catct22
  8. "we are not writing history ,  we were history"-rahmat, written.
  9. free hair or free air? oxygen are free, love for all, equality
  10. hentikan penindasan , =) , facebook , diskusi 4;20 petang, revolusi 1699

    Thursday, January 6, 2011

    ajakan. jom?

    “Di dalam hati manusia terdapat dua ajakan: Pertama ajakan malaikat. Ajakan malaikat itu mengajak kepada kebaikan dan membenarkan kepada yang benar (haq); dan kedua, ajakan musuh. Ajakan musuh itu mengajak kepada kejahatan, mengingkari kebenaran dan melarang kepada kebajikan”. Yang demikian telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud R.A.

    Al-Hasan al-Bashri R.A berkata: “Sesungguhnya kedua ajakan itu adalah kemauan yang selalu mengitari hati manusia, kemauan dari Allah dan dari musuh, hanya dengan sebab Rahmat Allah, seorang hamba mampu mengontrol kemauan-kemauannya tersebut. Oleh karena itu, apa-apa yang datang dari Allah hendaknya dipegang oleh manusia dengan erat-erat dan apa yang datang dari musuh, dilawannya kuat-kuat “.

    Tuesday, January 4, 2011

    soalan 1?

    dalam kadar sesaat, berapa kali atau kadar kelajuan tumbuhan berzikir menyebut memuji penciptanya?

    dari meja lalu tingkap menuju meja ke meja

    "Aku terlalu KECEWA pada MELAYU yang tak kenal akan apa itu
    Melayu"... :-)

    ......P.Ramlee adalah Melayu, dan semua yang mengenal Tuhan nya,
    adalah Melayu... Dan sebegitulah juga dengan Kau Kiru!!
    ...
    Kiru adalah Melayu... Kiru adalah MELAYU yang membuat Kami kami melihat yang kami ini juga adalah India!"... :-D

    "Melayu bukan Islam, India bukan Hindu!"..
    "ISLAM tiada pada BANGSA!, Islam bermaksud DAMAI"... (Peace)

    Bila tiada Rogol, tiada Bunuh, dan tiada Rasuah..
    Dunia akan lebih damai dan sentosa... :-)

    Dan ISLAM!... Islam tiada pada JIWA yang terhanya ada perasaan "Aku adalah Melayu!", "Aku adalah Cina!" atau "Aku adalah India!"..

    Islam ADA pada yang menyedari bahawa --> "Aku adalah CINTA!".
    Cinta adalah "DIA"... dan dia adalah "ADA" bagi sesiapa saja dan
    di mana jua... :-D

    Permahaman yang sebeginilah yang AKAN MEMBUNUH tunas tunas
    rasa bagi istilah untuk melakukan "Bunuh, Rogol, tidak puas hati, dengki, khianat, rompak, ragut dan tamak haloba".... :-)

    Kerana pada Hakikat Nya, "Kita bukan Melayu dan apa jua Bangsa"
    Kita adalah MANUSIA yang di angkat sebaik baik kejadian di mata Nya!

    "Aku adalah semata mata CINTA, lalu tiada hairanlah akan Hidup ku selalu di datangi BENCI dari mereka mereka yang tak memiliki CINTA".... :-)

    "Barang sesiapa MENGENAL akan diri nya,
    Maka akan KENAL lah ia akan Tuhan nya"....
     Lepat,
    Germany