Tuesday, October 4, 2011

diulik mimpi siang, hari 1

jam menunjukkan sekitar waktu untuk terus mengatakan yang sepi itu tiada lagi,
waktu semakin hampir, lunak suara perindu kedengaran menyanyikan lagu-lagu rakyat untuk semua,
bagaimana dengan beliau? masih dengan sengketa? masih tidak tahu yang kita ini semua berdiri dalam fantasi tuhan atau dalam erti kata jahatnya manusia, kita masih menari dalam fiksyen maha esa. apa mahu kau terus kata tidak tahu? atau mahu terus kalah pada jurang-jurang kekurangan? waktu untuk terjerumus dalam bahagia, pedulikan sarang sengketa mereka, zuhud pada satu ruang, baru perihal syiling-syiling 'silver' dalam tidur.

No comments:

Post a Comment